Catalyst For The Future: Unlocking Creativity, Expanding Future’






CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS DUNGUN

IC110 DIPLOMA IN MUAMALAT

IMU201:ASAS PENGURUSAN ISLAM


LAPORAN (LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR)

NAMA PENSYARAH: DR WAN NOOR HAZLINA BINTI WAN JUSOH

IC110 3Ba/Bb

MUHAMMAD AZRI NAIM BIN HAZNI
MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN SARANI 
MEGAT AHMAD ZHAFRI BIN MEGAT S’ADAN 
MUHAMMAD KHAIRUL IDZUAN BIN KAHARUDDIN 

 (SEMESTER SESI 3 2019/2020)





1.0  NAMA PROGRAM

‘Catalyst For The Future: Unlocking Creativity, Expanding Future’. Anjuran bersama oleh pensyarah dan pelajar yang mengambil kod kursus Imu 201 iaitu ‘Asas Pengajian Islam’ di UiTM Dungun, Terengganu.


1.1 PENDAHULUAN

Program ‘Catalyst For The Future: Unlocking Creativity, Expanding Future’ ini adalah merupakan program lawatan sambil belajar yang pertama kalinya dianjurkan oleh pelajar dan pensyarah Diploma Muamalat di bawah kod kursus Imu 201. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan-pendedahan tentang pengurusan disesebuah syarikat dan organisasi yang  ternama seperti Bank Rakyat dan Masjid Negara.
      Para pelajar dapat merasakan suasana dan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang ingin dipelajari oleh para pelajar kerana mereka diberikan pendedahan secara lansung oleh para petugas yang dipertanggungjawabkan untuk memberi ceramah tentang pengurusan syarikat yang mereka bertugas.
      Seramai 64 orang pelajar Diploma Muamalat semester 3 yang menyertai program ini dan seorang pensyarah bertugas untuk mengiringi para pelajar sepanjang program ini berlansung. Program ini akan berlangsung selama dua hari satu malam yang dijalankan pada tarikh 11-12 November 2019 iaitu pada hari isnin dan selasa.
      Destinasi yang menjadi pilihan untuk dikunjungi oleh para peserta yang terlibat adalah UiTM Shah Alam, Selangor, Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(SMA-MAIWP), dan Masjid Negara.

2.0  OBJEKTIF

Tujuan program ‘Catalyst For The Future: Unlocking Creativity,Expanding Future’ ini diadakan ialah:

1.Memberi pendedahan tentang pengurusan sesebuah syarikat  kepada para pelajar.
2.Mempelajari cara pengurusan Islam yang tepat.
3.Melahirkan pelajar yang hebat dalam pengurusan, tidak kira daripada segala aspek seperti pengurusan masa,pengurusan organisasi dan pengurusan diri.
4.Memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati keindahan ciptaan Allah.

3.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI

Pada 11 November 2019 pada pukul 6.30 pagi seramai 64 pelajar diploma muamalat berkumpul untuk menaiki bas menuju ke Shah Alam.








Seterusnya,pada jam 10 pagi kami berhenti bersarapan sebentar di Rnr Temerloh,Pahang.




Rnr Temerloh


   Kemudian,pada jam 1 tengahari kami berhenti sebentar di Masjid Shah Alam bagi menunaikan solat zohor dan makan tengahari bagi memastikan tenaga yang cukup bagi pelajar.





Masjid Shah Alam

Pada jam 3:00 petang,bas telah tiba di Uitm Shah Alam untuk program "Shariah Compliant Banking and Its Application" yang mana disampaikan oleh Encik Farhan Akhnan Ibrahim sehinggalah tamat pada jam 6:00 petang dan dijemput untuk menikmati jamuan yang dihidangkan oleh Uitm Shah Alam.










Pada jam 7:15,kami telah sampai ke Putrajaya. Kami berhenti seketika di perkarangan SMA-MAIWP bagi menikmati makan malam. Setelah 2 jam berlalu iaitu pada pukul 9;15 malam, kemudian kami bergerak ke SMA-MAIWP untuk menginap di sana. 



SMA-MAIWP

Kemudian esok harinya pada jam 8:45 pagi kami bersarapan pagi, lalu bergerak ke masjid negara bagi program "Pengurusan dan Pengendalian Masjid Negara' yang disampaikan oleh Encik Ahmad Faizal Bin Azman dan Encik Muhammad Noriman bin Kamaruddin selaku pengacara majlis.







Pada jam 10:15 pagi, kami dibawa mengelilingi Masjid Negara,Galeri Masjid Negara dan dibawa ke Makam Pahlawan dan program tersebut tamat pada sekitar 12 tengahari. Kami menunggu sehingga waktu zohor bagi menunaikan solat. Seterusnya pada jam 2 petang, kami bergerak pulang ke kampus dan telah selamat sampai ke kampus pada jam 8:15 malam.






Galeri Masjid Negara


Makam Pahlawan


Makam Pahlawan


Masjid Negara


4.0  PENUTUP

Kesimpulannya, program ini dapat memberikan impak yang besar terhadap para pelajar kerana para pelajar dapat mempelajari tentang sistem pengurusan Islam yang dipraktikkan oleh syarikat dan organisasi tempatan yang ternama. Secara tidak langsung, para pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pensyarah, pelajar, penceramah dan organisasi yang terlibat.

5.0  LAMPIRAN







Kami berharap program sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
-SEKIAN TERIMA KASIH-



Comments